Buku Lutfi

Buku 'Mengapa Mahathir ?'' Yang Mesti Dimiliki Sebelum 9 MEI INI .

Oleh Shahbudin Husin

Dalam penulisan buku-buku politik, nama Ahmad Lutfi Othman barangkali tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau merupakan antara penulis yang banyak mengupas isu-isu pergolakan dalam UMNO dalam bentuk buku, terutama yang melibatkan Tun Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim, Ghafar Baba, Najib Razak dan lain-lain pemimpinnya.

Kerancakannya berkarya lebih memuncak lagi apabila Anwar dipecat daripada UMNO dan meskipun Anwar pernah bersikap keras terhadapnya dalam isu purdah melibatkan mahasiswa sehingga beliau dipecat daripada UTM, Ahmad Lufti sedia melupakan luka lama dengan menjadi antara pembela kepada bekas timbalan perdana menteri itu.

Apatah lagi waktu itu, Anwar turut didokong oleh Pas yang dipimpin oleh Ustaz Fadzir Noor dan parti Islam itu memang merupakan wadah politik yang dekat dihati Ahmad Lutfi.

Ketika era reformasi, tulisannya dalam bentuk buku laris bagai goreng pisang panas dan makalah tidak berkalanya yang diterbitkan hampir setiap bulan pula sentiasa menjadi penantian ramai.
Dan sudah tentu, sasaran kritikannya paling banyak ketika itu ialah Tun Mahathir.

Akhbar Harakah di mana beliau bertugas juga turut mendapat limpahan pembeli serta pembaca pada ketika itu.

Setelah lama menyepi berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya, di samping turut tidak lagi bersama Pas mahu pun Harakah, menjelang PRU 14 yang bakal tiba tidak lama lagi, Ahmad Lutfi kini tampil dengan buah tangan terbarunya bertajuk "Mengapa Mahathir?".

Tulisan beliau kali ini antaranya mengupas mengenai pelbagai kekeliruan berikutan kembalinya semula Tun Mahathir dalam kancah politik nasional dan perlunya perjuangan bekas Perdana Menteri itu diberikan sokongan sebulat-bulatnya. Turut dikupasnya ialah mengenai peranan Pas yang kini tidak lagi bersama gelombang perubahan, sebaliknya lebih selesa memilih untuk menjadi "kingmaker" saja.

Buku berharga RM13 baru saja berada di pasaran dan boleh juga dibeli secara dalam talian dengan menghubungi/SMS/Whatsapp LUQMAN HAKIM di talian 019-2903291.

Apa pun, menjelang detik-detik perubahan yang menjadi penantian seluruh negara pada 9 Mei depan, buku "Mengapa Mahathir?" ini amat sesuai, bahkan merupakan keperluan untuk dibaca serta dimiliki, terutama bagi mereka yang masih sangsi atau ada kekeliruan tertentu terhadap Tun Mahathir.

Untuk dapatkan buku "MENGAPA MAHATHIR ? "
Hubungi Kami/Whatsapp:-
www.wasap.my//60192903291- Man (Penerbit)
www.wasap.my//60143233287- Ali Sekitar KL
www.wasap.my//60196664375 - Kak Ros sekitar
Keramat/w.maju/ Melawati,Gombak
www.wasap.my//60192263830 -Zaini Sekitar Paya jaras, Sg buloh, Subang bestari ,Puncak alam, Tasik Puteri Rawang , Damansara dan sekitarnya
www.wasap.my//60126190719 - Fazal Sekitar Taiping,Perak,
www.wasap.my//60125616351 -Wandy sekitar Alor Setar,Kedah
www.wasap.my//601110658459 -BD Sekitar Jitra,Kedah
www.wasap.my//601112525816 Jasni - sekitar Changlon ,Kedah.
Harga RM13, tidak termasuk kos pos laju










No comments