Meniti Tahap Perjuangan Secara Realitstik Dan Tidak Tergelincir Dari Islam
KESEDIAANNYA menerima pencalonan bertanding jawatan
Presiden Pas, berdepan penyandang 12 tahun, Tuan Guru
Abdul Hadi Awang, pada 2015 menimbulkan kejutan.
Biarpun kalah, bersama saf kepimpinan yang dilihat progresif, USTAZ AHMAD AWANG, mencatat sejarah tersendiri. Sebenarnya, lebih awal daripada itu, sekitar 2008, bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia selama 17 tahun ini (1982-1999), semasa menjadi Pesuruhjaya Pas Perak, telah mengambil langkah tepat dan berani, membentuk kerajaan negeri Perak bersama Keadilan dan DAP. Sekali gus menolak hasrat dua tiga orang pimpinan tertinggi Pas untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan Melayu-Islam di Perak. Daripada peristiwa bersejarah itulah, tertubuhnya Pakatan Rakyat, yang kemudiannya membawa harapan baru untuk menjatuhkan rejim Umno-BN.
Ustaz Ahmad, 82 tahun, lepasan sarjana Syariah Al- Azhar, berpengalaman luas sebagai Pengarah Dakwah dan Pengarah Penyelidikan Islam, Bahagian Hal Ehwal Islam JPM, dan pernah diamanahkan sebagai Yang Dipertua Persatuan Bekas Mahasiwa Islam Timur Tengah. Dilantik sebagai Ahli Majlis Syura Ulama Pas selama lima penggal (1995-2009), AJK Pas Pusat sejak 1997 dan seterusnya dilantik Ketua Penerangan (2005-2007), dipilih Naib Presiden (2007-2009) dan kemudiannya menarik diri daripada semua pencalonan jawatan. Di peringkat negeri Perak dilantik menjadi Pesuruhjaya selama lima penggal berturut turut dari tahun 2000-2009 apabila menolak tawaran untuk dilantik semula selepas muktamar di Shah Alam.
Dalam bidang dakwah, Ustaz Ahmad merupakan Timbalan Pengerusi Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia cawangan Malaysia (2014 hingga kini), Pengerusi Tahaluf Masjid-masjid Sedunia Mempertahankan Masjid Aqsa (2017 hingga sekarang). Pernah menjadi Pengerusi Panel Syariah Bank Pembangunan dan Infrastruktur dan Timbalan Pengurusi Panel Syariah RHB Bank. Apabila parti Islam baru, Amanah, ditubuhkan, Ustaz Ahmad dilantik Penasihat Umum, yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Pakar (MPP).
Ikuti wawancara Ahmad Lutfi Othman bersama Ustaz Ahmad Awang, berbicara sekitar rasional penubuhan Amanah, keperluan mewujudkan lagi sebuah parti Islam, pengiktirafan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemangkin sokongan rakyat, kedudukan ulama dalam Amanah, juga panduan serta rujukan parti dalam memutuskan isu-isu besar termasuk tahaluf siyasi dengan parti lain.
SOALAN: Bagaimana Ustaz boleh terdorong untuk bertanding jawatan Presiden Pas dalam pemilihan parti di muktamar 2015? Apa yang tidak kena dengan kepimpinan Tok Guru Abdul Hadi Awang?
JAWAPAN: Sejak 2009 saya telah meragui sikap Ustaz Haji Abdul Hadi Awang dalam Pakatan Rakyat apabila isu Unity Government (UG) dibangkitkan dalam muktamar 2009 di Selangor, lebih-lebih lagi selepas keputusan PRU12 itu.
Saya meragui pendirian Haji Hadi apabila Pesuruhjaya Pas Selangor iaitu Dr Hassan Ali berunding dengan Dr Khir Toyo untuk menubuhkan kerajaan Umno-Pas Selangor yang hampir terlaksana kalau tidak kerana Khalid Samad mainkan peranan menggagalkannya.
Begitu juga ketika Mufti Tan Sri Harussani mewakili Umno Perak untuk membentuk kerajaan Pas-Umno di Perak, apabila Dr Harun Din menelefon saya sebaik keputusan Pas Perak bersetuju bersama Keadilan dan DAP, supaya dikaji semula (seperti mahu dibatalkan). Apatah lagi tidak menafikan Mufti Perak menelefon Haji Hadi, dan dia sudah bersetuju. Sebab itu saya menarik diri dari pimpinan pusat pada tahun 2009 sehingga 2015.
Saya bersetuju menerima pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden Pas kerana isu UG semakin parah dan Ustaz Hadi menunjukkan semakin dekat dengan UG. Saya masuk bukan hanya untuk menang tetapi mengambil langkah awal kerana hubungan peribadi yang rapat dengan Haji Hadi akan menyebabkan beliau boleh muhasabah diri.
Sikap Haji Hadi yang tidak beramanah dan tidak berpakat dalam organisasi Pas sendiri, dan apatah lagi dalam Pakatan Rakyat ini satu perkara yang aib, dan tindakan ini telah merosakkan ajaran Islam.
Tambahan sikap beliau mengecam secara terbuka dengan melabel pejuang-pejuang Pas. Ia menyebabkan saya terpaksa menerima pencalonan jawatan presiden.
Perkembangan kesihatan Ustaz Hadi juga dan beberapa tindakan beliau selaku Presiden yang tidak bijak dan tidak wajar itu menyebabkan timbul kebimbangan tentang masa depan perjuangan Islam dalam Pas.
Tanda-tanda perubahan dalam sikap dan pendirian politik Haji Hadi amat merunsingkan saya dan beberapa sahabat pemimpin utama ketika itu
Malah Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri ikut mendorong saya untuk masuk bertanding mengambil alih pimpinan Pas, demi memastikan keutuhan Pas dan Pakatan Rakyat.
Namun kerana kefahaman dan kesedaran yang belum menyeluruh, di samping penguasaan kelompok tertentu dalam menentukan proses pemilihan dalam muktamar menyebabkan saya gagal memenangi pemilihan itu.
Apakah Ustaz terbabit secara proaktif dalam penubuhan parti baru Amanah?
Krisis dalaman Pas ketika itu melibatkan ramai pimpinan utama. Ia menjadi penting untuk diselesaikan memandangkan implikasi negatif yang menghampakan hasrat rakyat terbanyak untuk meraih perubahan .
Oleh itu tidak hairanlah permasalahan ini menggugah keprihatinan setiap pemimpin Pas yang sangat peduli akan masa depan perjuangan politik Pas dan Keadilan pada masa itu.
Masing-masing bergerak dalam batas keupayaan masing-masing demi menyelesaikan kemelut ini. Akhirnya keputusan dicapai untuk membina wadah parti Islam baru sebagai penyelesaian.
Sememangnya saya menyertai proses awal penubuhan Gerakan Harapan Baharu, GHB dan langkah seterusnya, tetapi tidaklah berhajat menubuh parti baru.
Tetapi melihat kepimpinan Haji Hadi dan suasana dalam Pas pun semakin buruk, dan pihak yang kalah pula dicabar supaya menubuhkan parti baru, itulah akhirnya tertubuhnya Amanah, dan saya dilantik sebagai Penasihat Umum dan Pengerusi Majlis Penasihat Pakar (MPP).
Apa rasional dan justifikasi penubuhan sebuah lagi parti Islam di Malaysia, sementara sudah ada Pas? Bukankah selama kita kita difahamkan tidak boleh mewujudkan satu lagi parti Islam menyaingi parti Islam yang ada?
Daripada latar belakang peristiwa seperti yang dijelaskan tadi, hampir separuh pimpinan parti yang berkaliber dan berpengalaman sebagai penggerak, dan ramai pengikut Pas, tidak lagi yakin dengan komitmen perjuangan di landasan asal parti, iaitu istiqamah menentang kemungkaran BN.
Hal ini dibayangkan, umpamanya oleh Mahfuz Omar dalam kenyataan media 12 Januari 2018, yang menyebut: “Saya merasakan telatah politik Pas terutama sejak dua tahun kebelakangan ini sudah mula mengkhianati prinsip yang saya genggam, maka saya tidak rela menggadaikan prinsip semata-mata kerana takut atau gentar kepada celaan manusia.”
Perkara ini juga dijelaskan oleh Khalid Samad dalam buku beliau. Jadi golongan seperti ini dan para bekas pemimpin Pas lain wajar diberi ruang untuk meneruskan perjuangan asal Pas, iaitu berjuang dengan kesabaran yang lebih tinggi di samping kebijaksanaan dan pendekatan yang lebih mesra rakyat secara keseluruhan, dalam wadah parti politik baru.
Ini memandangkan masa depan rakyat dan negara hanya dapat diselamatkan dengan penyingkiran rejim kleptokrat yang melakukan salah urus tadbir, salah guna kuasa dan sebagainya. Berasaskan kepada firman Allah dalam surah Al-Nisa’ 114, maksudnya: “Tidak banyak kebaikan dalam perbincangan rahsia yang dilakukan kecuali perbincangan yang mengajak orang bersedekah, berbuat baik atau memulihkan hubungan sesama manusia. Sesiapa yang berbuat demikian demi mencari keredhaan Allah pasti Kami mengganjarinya dengan imbuhan yang sangat besar dan lumayan.”
Dari ayat ini jelas bahawa mengislah dan memulihkan kemantapan perjuangan asal, di samping memberi ruang dan wadah baru untuk kumpulan pemimpin dan pengikut yang ramai itu adalah selaras dengan tuntutan Islam. Lebih-lebih lagi dengan adanya parti baru ini boleh mengukuhkan semula kewujudan Pakatan Rakyat yang pecah, dan digantikan dengan Pakatan Harapan sebagai barisan pembangkang yang padu dan berupaya menumpaskan BN.
Penubuhan parti bernuansa dan berteraskan perjuangan Islam yang lebih mesra realiti dan progresif menangani pelbagai isu politik dalam konteks ini adalah sangat dituntut dan relevan sekali.
Selain itu, usaha memulihkan hubungan sesama aktivis gerakan Islam, mendamaikan sengketa antara mereka, adalah satu kemestian.
Rasulullah SAW menerangkan: “Mahukah kalian aku beritahu suatu amalan yang lebih afdal dan tinggi darjatnya daripada puasa, solat dan sedekah?” Sahabat menjawab: “Mahu, wahai Rasulullah.” Baginda pun bersabda: “Memulihkan hubungan dan menyelesaikan sengketa sesama kerabat.”
Meredakan keruncingan hubungan antara para pemimpin dan bekas pemimpin Pas adalah suatu kemestian.
Ini dicapai dengan pembentukan parti baru yang memberi ruang bergerak dan berperanan kepada aktivis berkenaan, di samping mengusahakan penyelarasan tenaga dan mewujudkan pakatan yang lebih kukuh dan mantap bagi melawan BN.
Kekuatan kuasa pentadbiran dan kelicikan politik BN dalam menumpaskan lawan bukan rahsia lagi, sebab itu awlawiyat yang paling mendesak ialah bagaimana pakatan pembangkang mesti mempunyai faktor ikon kepimpinan dan figura yang menimbulkan keyakinan rakyat tentang kebolehan mereka mengambil alih kepimpinan negara.
Perkara ini kemudiannya dimeriahkan oleh kemunculan parti serpihan dan pengganti Umno, PPBM yang dipimpin oleh Dr Mahathir Mohamad.
Perjuangan politik semestinya dilandaskan kepada fakta, objektif, realistik dan bukan sekadar persepsi atau ungkapan harapan secara umum tanpa agenda bertindak yang jelas dan konkrit. Sebab itu alasan ketakutan kepada bahaya chauvinistik dan penguasaan DAP (yang dilihat sebagai kafir harbi) tidak punya keabsahan dan munasabah seperti kemunasabahan China Komunis mungkin menguasai negara.
Ternyata Pas sedikit sebanyak telah beralih sikap dengan kenyataan presidennya yang meminta rakyat, sama ada mengundi Pas atau jika tidak, hendaklah mengundi Umno.
Tindakan menafikan peranan pimpinan parti Keadilan, Amanah, DAP dan PPBM sebagai alternatif penyelesaian adalah perbuatan penafian yang sangat menyolok dan mengguris hati kecil semua parti berkenaan.
Selain faktor di atas, ulama kontemporari sepakat membenarkan wujud lebih daripada satu parti memperjuangkan kepentingan Islam dan rakyat, dengan syarat tertentu, antaranya wujud persefahaman dan kesepakatan antara mereka. Dalam konteks ini, para bekas pemimpin Pas, ahli-ahli Pas yang bersama mereka, malah rakyat umumnya boleh memilih parti yang sesuai untuk mereka ceburi; parti yang dianggap boleh mencapai matlamat politik yang mereka harapkan. Ini berlandaskan, maksud surah Al-Zumar ayat 18: “Golongan yang mendengar kata, firman dan nasihat lalu mengambil yang terbaik. Merekalah golongan yang mendapat hidayah Allah; merekalah orang yang berfikiran jitu dan bernas.”
Sebagai parti Islam, mengapa Amanah tidak mempunyai Dewan Ulama dan Majlis Syura Ulama sepertimana Pas? Apakah kedudukan ulama dalam Amanah terpinggir?
Amanah mempunyai Majlis Penasihat Pakar seperti yang ditetapkan oleh perlembagaan parti, yang keanggotaan penuhnya seramai 25 orang, dengan sekurang-kurangnya sepertiganya mestilah terdiri daripada golongan ulama.
Jadi di situ menunjukkan Amanah dibimbing oleh penasihat yang terdiri daripada ilmuwan, yang bukan sahaja dalam bidang agama tetapi satu pertiganya mestilah ulama.
Kita juga memperuntukkan jawatan Pengarah Hal Ehwal Syariah yang menduduki Jawatankuasa Pimpinan Nasional dan juga di peringkat Jawatakuasa Pimpinan Negeri.
Pas mendakwa memegang syarat-syarat ketat dan mengikat untuk bertahaluf siyasi dengan parti-parti lain. Bagaimana pula dengan Amanah?
Sebagai sebuah parti berteraskan Islam, sebarang ikatan hubungan tahaluf siyasi dengan mana-mana pihak sudah sememangnya mempunyai syarat-syaratnya yang boleh dilaksanakan atau yang tertentu bagi menjaga perjuangan parti agar tidak tergelincir daripada dasarnya.
Namun tahaluf siyasi berbeza-beza kedudukannya dan ruang lingkupnya, sesuai dengan keadaan politik semasa bagi yang berbeza-beza dari segi tempat, dari segi kedudukan sistem politik mahupun demografi dan geografi sesebuah negara.
Dalam konteks Malaysia, sebuah negara demokrasi yang menjadikan Islam agama rasminya, di mana Raja-Raja Melayu merupakan ketua agama dan dalam masa sama kuasa Raja-Raja Melayu tertakluk pada perlembagaan, manakala rakyat terdiri dari pelbagai kaum dan agama, maka sudah pasti apa juga syarat-syarat yang mengikat parti Amanah tentu saja mestilah sesuai dengan keadaan politik negara.
Di sinilah Amanah meletakkan keutamaan perjuangannya untuk mencapai matlamat Islam sebagai Rahmatan Lil Alamin, dengan menggunakan pendekatan maqasid syariah sebagai panduan dan halatuju dalam menentukan tahaluf siyasi dengan mana-mana parti politik di negara ini.
Berpolitik secara demokratik, realistik dan berasaskan maqasid syariah, konsep awlawiyat dan siasah syariyah, dengan bijak dan mementingkan matlamat utama bersama adalah dasar pegangan parti Amanah. Sebab itu kita sedia bertasamuh dan bertolak-ansur demi menjayakan cita-cita bersama.
Mengejar tingkat dan tahap perjuangan terdekat secara realistik demi meraih tingkat dan tahap yang lebih terkehadapan lebih baik daripada sekadar mengejar ilusi yang dihebohkan sebagai pencapaian, tetapi kesannya parti kehilangan strategic position sehingga lebih jauh ketinggalan untuk mencapai matlamat politik yang diharapkan. Kematangan dan kebijaksanaan para pemimpin Amanah yang berkaliber seperti yang sedia dimaklumi menjadi asas kepada keyakinan rakyat, insya-Allah.
Ustaz mengenali Dr Mahathir Mohamad sejak lama, termasuk semasa berkhidmat di Pusat Islam. Tentunya ada banyak tindakan dan sikap beliau semasa menjadi perdana menteri yang dilihat tidak serasi dengan Islam. Bagaimana Amanah boleh bersetuju dengan cepat sekali untuk mengadakan kerjasama politik dengan Dr Mahathir?
Sebenarnya apabila kita melihat Dr Mahathir memberi pendapat dan kritik terhadap pimpinan Najib Razak dan juga nekad meninggalkan Umno, kita lihat Tun sudah cenderung untuk menyelesaikan masalah rakyat dan negara. Kita tidaklah gopoh menerima penglibatan dan kepimpinan beliau. Kita kaji isu ini dari berbagai-bagai perspektif dan sudut.
Di peringkat awal, saya sendiri dirujuk oleh Haji Mohamad Sabu, meminta pandangan tentang hal ini. Kita melihat Dr Mahathir mahu bersama-sama kita membawa perubahan demi kepentingan rakyat dan negara. Memandangkan faktor ketokohan beliau dalam kalangan pengundi Umno masih mempunyai pengaruh untuk meraih undi orang Melayu yang semakin sedar. Ini mengukuhkan lagi kemungkinan kita memenangi PRU14 berlandaskan kajian sentimen pengundi yang dilakukan oleh badan-badan pengkaji politik seperti Invoke dan IDE.
Dr Mahathir pun telah mendapat semacam persetujuan Anwar dalam siri pertemuan dan perbincangan yang membayangkan kesungguhan beliau untuk membela Anwar, seperti yang tertera dalam persepakatan Pakatan Harapan baru-baru ini.
Kita juga mengambil semangat pemaaf dan berjiwa besar berlandaskan, maksud firman Allah dalam surah Al-Nur ayat 22: “Janganlah orang-orang yang berharta serta berkelapangan dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orangorang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah. (Sebaliknya) mereka hendaklah saling memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang berkenaan. Tidakkah kamu suka Allah mengampunkan dosa-dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Lebih jauh daripada itu, dengan merujuk kepada kaedah “boleh bersabar menanggung mafsadah sederhana demi mengelak dan membasmi mafsadah yang lebih besar”, atau “Irtikab akhaffu al dhararaini”, maka kita menjadikan Dr Mahathir pemangkin untuk menjayakan matlamat yang lebih penting dan mendesak dalam tahapnya demi meraih matlamat yang lebih besar iaitu menyelamatkan negara dan membangun semula masyarakat atas landasan yang betul dan jitu.
Banyak pihak merasakan Pas kini mempunyai pendekatan mesra-Umno dan pernah berhasrat mendirikan kerajaan perpaduan UG bersama Umno. Ia dinafikan sekeras-kerasnya oleh sebilangan besar pemimpin Pas. Ustaz tentu ada pandangan tersendiri terutama berdasarkan pengalaman Ustaz sendiri pada tahun 2008 di Perak.
Berdasarkan rakaman ucapan Presiden Pas yang kemudiannya dinafikan dan bersandarkan sikap menafikan keperluan untuk menjatuhkan Najib.
Pas sekadar berhasrat mahu menukar sistem, dan sikap tidak mahu bersama PH demi membulatkan usaha untuk itu kerana kehadiran Dr Mahathir sebagai pimpinan PH, ia sudah membayangkan hakikat penglibatan Pas dalam PRU14 sebagai unsur pemecah kebulatan suara rakyat yang menolak rejim kleptokrasi BN.
Sikap dan arah ucapan yang berbeda antara pimpinan utama Pas mengelirukan rakyat dan pengikut Pas yang cerdas sehingga ramai yang keluar parti mereka dan masuk parti-parti dalam PH.
Apa yang terbayang daripada sikap bermewah-mewah oleh segelintir pemimpin besar Pas juga membayangkan kemungkinan mereka mendapat habuan tertentu daripada pihak BN.
Bagaimana Majlis Penasihat Pakar berfungsi dalam menasihati Jawatankuasa Pimpinan Nasional, dari segi kekerapannya bermesyuarat, perkara atau isu yang dibincangkan. Berdasarkan pengalaman ustaz yang lama dalam Majlis Syura Ulama Pas, apa perbedaan dengan MPP ini? Dan apakah keanggotaan MPP ini telah penuh diisi, dan apa pula jenis kepakaran mereka yang ada?
Majlis Syura Pas, majoriti anggotanya, terdiri daripada pimpinan tertinggi parti seperti Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua Pemuda, Ketua Muslimat, Ketua Ulama; asalkan mereka terdiri daripada ulama atau ustaz. Bilangan ahli seramai 17 orang. Yang kedua, Majlis Syura Pas boleh mencampuri pentadbiran parti kerana pimpinan tadi juga adalah pimpinan Majljs Syura, kecuali jawatan Mursyidul Am atau timbalan.
Majlis ini diketuai oleh seorang Muryidul Am dan timbalannya.
Perkara - perkara yang dibincangkan dalam Majlis Syura lebih kepada mengenai hukum-hakam seperti hukum baiah cerai talak tiga yang diwajibkan ke atas calon-calon parti dlm PRU/ PRK. Majlis Syura juga menentukan seseorang calon itu sah atau tidak sah kelayakannya untuk menjadi calon dalam PRU/PRK.
Kesimpulannya, Majlis Syura boleh digunakan oleh golongan ulama atau ustaz untuk mempertahankan pendapat mereka yang ditolak di dalam mesyuarat pimpinan parti, maka ulama yang sama membawanya ke Majlis Syura dan membatalkan keputusan parti yang tidak menyebelahi pendapat mereka. Contohnya, isu pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.
Sementara Majlis Penasihat Pakar Parti Amanah Negara, bilangan ahli penuhnya seramai 25 orang; setakat ini hanya separuh sahaja yang baru diisi.
Keahliannya tidak hanya mesti dari kalangan ulama tetapi meliputi bidang kepakaran seperti bidang pendidikan, kebudayaan, kejuruteraan dan lain-lain bidang profesional.
Bagaimanapun, golongan ulama mesti tidak kurang dari satu pertiga jumlah sepenuhnya. Hanya tiga orang sahaja dari anggota tertinggi pimpinan parti yang boleh dilantik dalam majlis ini. Majlis Penasihat Pakar memberikan nasihat-nasihat kepada pimpinan parti mengenai perkara-perkara dasar dalam pelbagai bidang, politik kenegaraan, ekonomi, sosial dan sebagainya, terutama dalam isu-isu semasa.
Pengerusi Majlis Penasihat Pakar dan timbalan pengerusinya adalah secara automatik menjadi Penasihat Umum dan Timbalan Penasihat Umum kepada parti. Penasihat Umum pada masa ini ialah saya sendiri dan Timbalan Penasihat Umum ialah Ustaz Ghani Shamsuddin. Kedua-dua kami dijemput hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan Nasional di mana kami boleh memberikan nasihat secara terus kepada pimpinan parti.
Kesimpulannya, Majlis Penasihat Pakar Parti Amanah Negara tidak sama dengan Majlis Syura Ulama Pas, sama ada dari segi struktur majlis tersebut mahupun fungsi peranannya. Tambahan pula anggota Majlis Penasihat Pakar itu ada yang terdiri dari non Muslim tapi semuanya menjadi ahli Amanah sebagai sebuah parti Islam yang inklusif yang membawa pendekatan Islam sebagai Rahmatan Lil Alamin.
Apa impian dan harapan Ustaz terhadap masa depan Amanah dan perjuangan Pakatan Harapan?
Oleh kerana kita tidak hidup dalam impian dan ilusi tapi dalam realiti yang penuh dengan tanggungjawab dan amanah, maka kami bertolak dari asas dan landasan firman Allah dalam surah Al-Zukhruf ayat 43-44, bermaksud: “Berpegang teguhlah dengan pesanan (Allah) yang telah diwahyukan kepadamu. Justeru, engkau di landasan yang lurus. Pesanan-pesanan (Allah dalam Quran) itu adalah suatu peringatan bagimu dan kaum keluargamu dan engkau akan dipersoalkan mengenainya.” Ini adalah landasan tanggungjawab yang wajib dipikul demi sikap bertanggungjawab kepada Allah, Rasul, rakyat dan negara.
Kami menaruh harapan yang tinggi kepada para tokoh pemimpin politik tanah air yang terpelajar dan berpengalaman, khasnya yang pernah melibatkan diri dalam politik berpuluh tahun seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Saudara Lim Kit Siang, kesepakatan mengurus krisis politik Malaysia dengan matang dan berjiwa besar sehingga dapat mengatasi kemelut dan kesenjangan dalam masyarakat.
Memandangkan muafakat adalah syarat utama untuk meraih kemenangan maka kami membangun kesepakatan dalam PH. Meskipun kami berkorban dalam mendapat agihan kerusi Parlimen di Semenanjung namun kami tetap berkeyakinan bahawa dengan sikap berlebih kurang dan bertolak ansur, insya-Allah kami boleh bersatu dengan teguh dan insya-Allah berjaya menyelamatkan agama, bangsa, rakyat dan negara.
Sebenarnya bekerjasama untuk berbuat kebajikan adalah suatu kewajipan agama. Ada perkara yang tidak dapat dilakukan secara bersendirian atau satu parti sahaja, tapi boleh dilaksanakan secara kolektif dan berkoalisi. Rasulullah SAW bersabda: Tangan (bantuan) Allah bersama (amal) berjemaah.
Perjuangan Amanah jelas dalam perlembagaan parti, seperti digariskan di bawah fasal 3 dasar dan tujuan, iaitu:
Pertama, memartabat dan menegakkan Islam sebagai dasar perjuangan.
Kedua, mendirikan sebuah negara dan masyarakat madani dengan Islam sebagai rahmat untuk semua (Rahmatan Lil Aalamin). Ketiga, melaksanakan pemerintahan yang berteraskan tadbir urus yang baik, selari dengan tuntutan prinsip amanah, keadilan, kesaksamaan, kecekapan dan ketelusan.
Keempat, mendukung pendekatan berhikmah, kesederhanaan (wasatiyyah), keterbukaan dan prinsip demokrasi di dalam kerangka Perlembagaan Malaysia.
Manakala matlamat perjuangan PH antaranya dijelaskan dalam beberapa perisytiharan, antaranya Muafakat Pakatan Harapan pada konvensyen kali kedua, pada 7 Januari 2018. Ia menghuraikan janji-janji jika mendapat mandat rakyat selepas PRU14.
Antaranya, adalah: Pertama, membentuk sebuah kabinet berwibawa; gandingan yang berpengalaman, berkelayakan dan berkemampuan.
Kedua, menjadikan Parlimen sebagai sebuah institusi yang kukuh dan bebas; dan dipimpin oleh Yang Dipertua yang adil dan berwibawa.
Ketiga, mengambil langkah-langkah segera memulihkan ekonomi negara dan meringankan beban kos sara hidup rakyat. Antaranya menghapuskan GST, menstabilkan harga petrol dan memberikan fokus utama kepada usaha menambah pendapatan rakyat.
Keempat, melaksanakan reformasi menyeluruh demi mengembalikan maruah dan jatidiri negara dan Bangsa Malaysia, meliputi reformasi institusi, reformasi pendidikan, reformasi ekonomi dan reformasi sosial seperti yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan.
Kelima, menghadkan tempoh memegang jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal pilihan raya untuk memugar dan menyihatkan amalan demokrasi terbaik serta mempertegas prinsip kebertanggungjawaban dalam urustadbir negara. Keenam, memastikan ketua- ketua institusi penting negara termasuk Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan Ketua Audit Negara bebas daripada pengaruh penguasa politik.
Mereka bertanggungjawab sepenuhnya kepada rakyat menerusi institusi parlimen, di mana mereka akan melalui proses pengesahan Jawatankuasa Pilihan Parlimen dan akhirnya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. |
..............................................................................................................................................................
Artikel ini petikan dari buku PARTI AMANAH NEGARA ,untuk mendapatkan buku tersebut dengan harga istimewa ,sila WhatsApp/Hubungi Ahmad Luqman Hakim 019-2903291

No comments