Buku Lutfi

Lutfi dan buku parti Islam Amanah

Dalam buku Parti Amanah Negara: Cabaran, Halangan dan Potensi sebagai Parti Islam Berpengaruh, Berintegriti, Lutfi telah berjaya menghimpunkan beberapa penulis untuk mengungkapkan perjuangannya lebih-lebih lagi dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 pada bila-bila masa. Beberapa pimpinan utama AMANAH, seperti Mohamad Sabu, Ustaz Ahmad Awang dan Salahuddin Ayub turut diwawancara, menjawab pelbagai persoalan dan tohmahan.

Walaupun AMANAH adalah parti baharu tetapi perjuangannya adalah panjang dengan aktivis-aktivisnya sudah berada dalam medan membela rakyat sejak akhir tahun 1970-an, walaupun melalui parti lama mereka. Lutfi sendiri berjuang sejak menjadi pelajar dan merupakan aktivis Persatuan Mahasiswa UTM (PMUTM), 1984-86.

AMANAH berperanan besar menubuhkan Pakatan Harapan. Setelah Pakatan Rakyat terbubar kerana karenah Pas, maka AMANAH telah dapat mempelopori penubuhan Pakatan Harapan dalam masa beberapa bulan selepas ia ditubuhkan.

Kini AMANAH merupakan komponen penting Pakatan Harapan dalam menentukan hala tuju pembangkang untuk mengalahkan Barisan Nasional, serta nenjadi pemersatu sesama pembangkang. Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui peranan strategik Amanah ini dalam Konvensyen Pakatan Harapan, 7 Januari lalu.

Keupayaan AMANAH adalah, antara lain, kerana kegigihan aktivis, seperti Lutfi. Selepas disingkirkan dari universiti kerana aktivisme pelajarnya, beliau menyertai dunia kewartawanan di atas perjuangan untuk keadilan rakyat dengan berlandaskan kefahaman politik Islam.

Beliau pernah bekerja untuk akhbar mingguan politik, Mingguan Tanahair sebelum menyertai Harakah. Lutfi turut menulis rencana politik dan komentar tentang oerjuangan mahasiswa dalam Mingguan Bumi dan Watan.

Perjuangannya dari awal adalah jelas. Selain kewartawanan, beliau memasuki dunia penulisan politik, baik berbentuk majalah atau buku. Lutfi pernah menerbitkan tulisan-tulisan yang dihasilkan dalam format majalah yang dipanggil Isu, yang tidak memerlukan permit penerbitanndari KDN.

Beliau juga menjadi editor pada majalah-majalah politik daripada Dunia Islam, Tamadun dan Detik.

Selain itu, beliau juga menjadi editor pada akhbar mingguan politik Cabaran dan Siasah. Dua majalah yang diusahakannya, Detik dan Wasilah telah diharamkan KDN pada tahun 2000. Penerbitan buku-buku politiknya turut diganggu pihak berkuasa,

Lutfi turut mengasaskan NGO untuk memoerjuangkan kebebasan akhbar, Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI).

Melalui syarikat penerbitannya, Penerbitan Pemuda, beliau telah menulis dan menerbitkan puluhan buku politik.

Walaupun kemudian keadaan kesihatannya telah menghalang untuk beliau cergas menghasilkan tulisan buku, itupun Lutfii dapat menghasilkan dua buku, sebuah memoir iaitu Lorong Sunyi Media Bebas, dan buku ini, Parti Amanah Negara. Kedua-dua terbitan ini ialah buku era parti AMANAH, parti masa depan.

Dalam keadaan uzur, Lutfi masih bersemangat untuk terus menyumbang dalam gerakan perubahan dan pembaharuan. Beliau memanfaatkan pengalaman luasnya sebagai editor politik dan jaringannya dengan tokoh-tokoh pembangkang, untuk menyusun buku terbarunya.

AMANAH bukan untuk pilihan raya umum ke-14 semata-mata. Perjuangannya adalah panjang dan berterusan. Semoga banyak lagi aktivis seperti Lutfi yang akan lahir untuk meneruskan perjuangan Amanah, menebar dan melebarkan Islam sebagai Rahmat untuk sekalian alam.

Dapatkan buku parti Islam Amanah (istilah yang dipakai Lutfi untuk merujuk parti Amanah), dengan menghubungi terus Luqman Hakim, 0192903291. atau Juga Boleh hubungi agen- agen buku amanah . Zabidi 01110658459 Kedah, Faeez 0164452972 ; sekitar Ipoh; Cik Ma 0199127000 sekitar Kota Bharu, ; Azam 0123433838 sekitar Johor Bahru,; Azizah Abd Wahab 0166434395 sekitar Melaka,.

Abu Firdaus merupakan bekas editor kanan akhbar harian.

No comments