Buku Lutfi

Buku Parti Amanah Negara ini patut menjadi rujukan

Buku Parti Amanah  Negara ini patut menjadi rujukan bagi sesiapa yg mahu mengenali AMANAH , bagamana ia lahir ke persada politik negara sebagai parti Islam yang usuli pada dasarnya dan kontemporari pada pendekatan ke arah menjadikan Islam sebagai rahmatan lil'alamin.

Membaca tajuk-tajuk kandungan buku ini sahaja sudah dapat membayangkan bawa AMANAH sebuah parti Islam yang inklusif dan mempunyai masa depan yang menjanjikan untuk rakyat Malaysia yang merentasi ras dan agama.

Sdr Ahmad Lutfi Othman yang saya ikuti penulisanya sejak lebih 30 tahun adalah penulis yang mempunyai pengamatan politik yang tajam dan pengkritik yang berpijak di alam waqi'e.

Buku ini walaupun bukan sepenuhnya hasil karya penulisan Ahmad Lutfi tetapi penyusunan yang beliau usahakan dengan pilihan artikel yang diberikan tajuk yang  bertemakan parti AMANAH adalah meletakkan beliau sebagai pengarangnya.

Saya menyarankan agar setiap ahli AMANAH memiliki buku ini.

USTAZ AHMAD AWANG
http://bukulutfi.blogspot.my/

No comments