Dari Penyusun : Lorong Sunyi Media Bebas
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w.
Buku Lorong Sunyi Media Bebas ini tercetus dari idea Ahmad Lutfi Othman sendiri. Mulanya, beliau mahu menulis memoir perjalanan hidup sepanjang lebihkurang 30 tahun pembabitannya dalam dunia kewartawanan, penulisan dan penerbitan, juga penglibatan aktifnya dalam politik kampus serta pengalaman berkacanya mendedahkan kes korupsi bekas seorang menyeri besar. Namun keuzuran berpanjangan, khususnya apabila menghadapi masalah penglihatan yang teruk dan kegagalan fungsi ginjal yang serius, telah membataskan aktiviti sehariannya, terutama sekali kegiatan membaca dan menulis. Tambah serius apabila memorinya turut terjejas.
Justeru, kami, sekumpulan rakan-rakan karibnya, dibantu anak sulung Ahmad Lutfi, Ahmad Luqman Hakim memutuskan agar cadangan awal buku ini diteruskan dalam bentuk berbeda. Sementara menunggu dan mendoakan kesihatannya pulih, elok diundang teman-teman penulis yang rapat dengannya, untuk menyumbang sudut pandangan masing-masing terhadap aktivisme Ahmad Lutfi. Hasilnya cukup mengkagumkan.
Alhamdulillah. Hampir semua yang diajak menulis, bersetuju kecuali seorang dua yang keuzuran.
Ada juga sahabat-sahabat lamanya, yang mengaku tidak mahir menulis, juga teruja untuk menyumbang pengalaman bersama Ahmad Lutfi. Jutaan terima kasih kami rakamkan kepada semua penulis yang baik hati itu.
Disebabkan semasa proses penyusunan buku ini, sekitar Oktober 2015 hingga April 2016, tahap kesihatan Ahmad Lutfi masih tidak stabil, walhal cerita dari tuan tubuh masih perlu untuk dirakam, maka kami mengusahakan dua wawancara panjang dengan beliau.
Selain itu, kompilasi artikelnya juga dimasukkan, sekurang-kurangnya dapat memberi gambaran menyeluruh terhadap topik yang minat atau prioritinya.
Catatan perjalanannya semasa mengetuai Harakah turut diselitkan sebagai bukti Ahmad Lutfi menulis daripada pengalaman langsungnya bersama dentut nadi masyarakat akar umbi.
Beberapa rencana yang menyinggungnya dan pernah disiarkan, juga kami kepilkan bersama, mungkin dapat membantu pembaca mengenali lebih dekat personaliti menarik ini. Kami juga merasakan pengalaman getirnya semasa menulis dan menerbitkan sendiri buku-buku politik popular sekitar tahun 1990-an wajar dikumpulkan sekali.
Sementara menunggu catatan terbaru dari Ahmad Lutfi sendiri, kami harap buku ini boleh membantu kita memahami dunia kewartawanan dan penerbitan daripada sudut yang jarang ditonjolkan.
Ahmad Lutfi selama ini seperti berada dalam dunia yang sunyi dan tersendiri, walaupun sebenarnya bingit dan menyeksakan, dihimpit pelbagai halangan dan sekatan.
Mungkin ada yang menggelarkan Ahmad Lutfi sebagai ikon baru kebebasan akhbar, khususnya dalam konteks media alternatif yang tumbuh rancak selepas era Reformasi 1998, namun yang lebih penting bagi kami, diharapkan buku Lorong Sunyi Media Bebas yang serba sederhana ini dapat membuka perbahasan lebih lanjut mengenai isu kebebasan bersuara di negara ini. Sekali lagi terima kasih buat semua.
Rakan-rakan Ahmad Lutfi Othman April 2016

No comments